Advertisement

Ikhtiar dan Petua Cepat Sembuhkan Patah Melalui Doa

Adakah anda pernah mengalami patah tulang? Pelbagai aktiviti dan pergerakan kita seharian akan mula terganggu apabila ada antara tulang kita yang patah atau retak.

Antara petua cepat sembuhkan patah tulang ialah dengan mengamalkan pengambilan kalsium dan juga makan makanan berkhasiat dalam diet seharian.

Selain rasa berdenyut dan juga sakit dibahagian yang patah kita pastinya inginkan ianya segera sembuh dan juga bahagian anggota yang patah dapat berfungsi seperti sediakala. 

petua sembuhkan patah tulang dengan doa


Apakah Petua Cepat Sembuhkan Patah Tulang?

Selain berusaha makan supplemen yang berunsur kalsium seperti jenis tablet ataupun minum susu, anda juga boleh berusaha melalui bacaan ayat ni seperti yang dikongsikan oleh penceramah Dr. Fatimah Zahra.

Cara Cepat Sembuhkan Patah Tulang Dengan Doa

Mula-mula perlu sediakan air yang bersih, bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, sehingga ayat dibawah yang perlu diulang tiga kali.

Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan bahagian yang sakit dan patah.

Air tu buat minum dan juga disapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Petua ini perlu diamalkan selalu.

InsyaAllah, dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah untuk sembuhkan pesakit yang mengalami tulang patah. 

Menurut Syed Naseer melalui blognya, sebenarnya apa-apa kesembuhan pun dari Allah.

Berikhtiar Untuk Sembuh Dengan Pelbagai Cara

Ikhtiarnya dengan pelbagai cara. Selain dari cara perubatan moden, sebagai umat Islam kita juga digalakkan untuk selalu berdoa dan memohon kesembuhan daripadaNya yang Maha Kuasa. 

Sesungguhnya dengan kekuasaanNya lah yang boleh menyembuhkan dan menjadikan kita sihat kembali inshaAllah. 

Baca lagi : Ayat Doa Dipermudahkan Urusan Harian

Apapun setiap panduan dan ilmu adalah dari panduan Allah SWT jua hendaknya.

Teruskan membaca di sini untuk bacaan doa lengkap.

Doa Ikhtiar Sembuhkan Patah Tulang

 Ùˆَضَرَبَ Ù„َÙ†َا Ù…َØ«َلاً ÙˆَÙ†َسِÙŠَ Ø®َÙ„ْÙ‚َÙ‡ُ Ù‚َالَ Ù…َÙ†ْ ÙŠُØ­ْÙŠِÙŠ الْعِظَامَ ÙˆَÙ‡ِÙŠَ رَÙ…ِيمٌ

Ayat 78 . “Dan ia membuat perbandingan kepada Kami. Dan ia lupa akan kejadiannya lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang hancur?”


Ù‚ُÙ„ْ ÙŠُØ­ْÙŠِيهَا الَّØ°ِÙŠ Ø£َنشَØ£َÙ‡َا Ø£َÙˆَّÙ„َ Ù…َرَّØ©ٍ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ بِÙƒُÙ„ِّ Ø®َÙ„ْÙ‚ٍ عَÙ„ِيمٌ

Ayat 79 . Katakanlah: “Yang menghidupkannya adalah Penciptanya pada mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala makhluk.”

Cubalah amalkan ayat-ayat petikan dari Surah Yassin di atas selain berdoa semoga patah tulang cepat sembuh inshaAllah amin.

Post a Comment

0 Comments