Advertisement

Resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap

Satu resipi yang mudah je untuk hari ni, ikan tenggiri masak kicap yang sedap. Semenjak semua dirumah ni lauk memang laju je jalan, nak beli di luar pun malas jadi kita belajar masak sendiri sahaja kan.

Hidangan Ikan Tenggiri Masak Kicap Mudah dan Sedap

Antara resipi yang biasa saya buat di rumah untuk keluarga. Mudah-mudah sahaja. Lagipun ikan tenggiri ni sendiri mempunyai daging yang sedap dan lembut. 

resepi ikan tenggiri masak kicap mudah

Resipi Ikan Tenggiri Masak Kicap 

  • Ikan tenggiri sederhana besar potong 4 (atau beli yang blok pun boleh)
  • Serbuk kunyit untuk salut ikan
  • Bawang besar saiz sederhana 1 biji
  • Kulit kayu manis sebesar ibu jari
  • Bunga lawang 2 biji
  • Cili hijau 1 tangkai
  • Bawang merah 2 ulas 
  • Bawang putih 1 ulas
  • Kicap 
  • Sos cili 1 sudu
  • Sos tomato 1 sudu ( tiada pun tiada masalah)
  • Gula 
  • Garam secukup rasa

Cara Masak Ikan Tenggiri Masak Kicap 

  • Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan kunyit sebentar
  • Panaskan minyak dan goreng ikan tengiri hingga setengah masak
  • Sementara itu tumbuk bawang merah dengan bawang putih
  • Hiris melintang (membulat) bawang besar 
  • Hiris menyerong cili hijau
  • Asingkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Biarkan sedikit minyak, panaskan dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Tambahkan sesudu cili sos dan sos tomato ke dalam bahan tumis ,gaul dan tumis hingga masak
  • Masukkan kicap dalam 3 ke 4 sudu ke dalam kuali gaul dan tumis sebentar 
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan sedikit air dan rebus sebentar
  • Kemudian masukkan ikan tenggiri yang setengah masak tadi dan rebus sebentar.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong membulat juga cili hijau tadi.
  • Gaul rata dan sedia dihidangkan.



Boleh la anda semua cuba masakan tenggiri masak kicap dirumah. Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments