Cari Nasi Beriani Sampai Ke BBU Abah Beriani House

0

Cerita ni dah dalam beberapa minggu lepas juga la. Teringin betul nak makan nasi beriani. Nak ke Batu Pahat jauh la pula kan. At last kami sekeluarga ke Bandar Baru Uda, Skudai Johor. Cari nasi beriani gam melalui carian Google. 


Kami akhirnya sepakat ke Abah Beriani House berdekatan dengan Plaza Angsana. Nurin suka makan nasi beriani ni sejak kami bawa dia makan ke Batu Pahat lepas. Lupa dah nama kedainya. 


Saya pula memang peminat tegar nasi beriani gam jadi kadangkala tu memang teringin betul nak makan. 


makan nasi beriani di Abah Beriani House Skudai Johor
Antara menu yang ada di sini.

Abah Beriani House Bandar Baru Uda

Kami order nasi beriani gam lembu dengan ayam. Kami tambah sekali dengan papadom untuk melengkapkan rasa. Rasa nasi beriani di Abah Beriani House ni sedap dan tidak berminyak. Sesuai dengan citarasa kami. 'Dia' macam konon nak berdiet tapi tetap nak makan macam tu. 


Cuma untuk bahagian lembu memang agak kecil jadi kena tambah satu hidangan lagi kalau nak puas makan. Memang ke laut la diet kami. 


Sesuai untuk yang nak rasa dulu then kalau sedap boleh tambah. Taklah membazir makanan.


makan nasi beriani di Abah Beriani House Skudai Johor
Nasi beriani gam daging

makan nasi beriani di Abah Beriani House Skudai Johor
Papadom dan juga acar


Servis dan Layanan Baik dari Kedai Makan Abah Beriani House Bandar Baru Uda

Makanan sampai cepat, alhamdulillah walaupun kedai penuh. Kami sampai memang pada waktu makan tengahari jadi tak hairan ramai pelanggan masa ini. Lain-lain parkir kereta senang depan kedai. 


Lagipun kedai di bahagian corner jadi tidak berebut parkir ketika masa puncak. Dekorasi ala-ala arab dengan tulisan jawi memenuhi ruang dinding. 


Habis makan mula-mula kami bercadang nak singgah ke Plaza Angsana tetapi anak nampak macam nak tertidur dalam kereta. Jadi kami terus pulang ke rumah sahaja akhirnya.


Untuk sesiapa yang datang bercuti di Johor Bahru boleh la cuba makan di kedai Abah Beriani House. 

Restoran Abah Beriani House 

Lokasi :  No 12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top