Kedai Kopi Jalanan Gaya Hipster - Kopi Sedap !

0
Sekarang semakin banyak kedai-kedai kopi jalanan (street coffee shop) yang boleh kita jumpa. Ada yang buka kedai kopi mereka di jalan-jalan utama. Ada juga yang buka berdekatan dengan kedai makan dan juga stesen minyak.

Baru-baru ini kami ke Kajang untuk melawat keluarga di sana. Masa nak balik ke Johor kami sempat singgah di Caltex Jalan Besar Kajang-Semenyih. Mata saya tertumpu pada suatu kiubikal yang terletak berhampiran dengan stesen minyak. 

Kedai Kopi Cube, Kopi Hainan Kajang


Lama saya amati rupa-rupanya ianya ialah satu kedai kopi. Kami sempat singgah sebentar dan order kopi latte serta cappucino. Wah! Memang sedap dan berbaloi dengan harganya yang tidak berapa mahal. Satu cawan kira-kira RM7.90 untuk latte yang sedap.

Semasa melawat Melaka lepas ada juga kami rasa kopi latte di Richiamo Coffee semasa menginap di Asiatic Hotel. Kedainya betul-betul bersebelah dengan lobi hotel. Memang memanggil-manggil sangat masa tu.

Dibahagian belakang sedikit tersorok ada disediakan tempat duduk untuk pelanggan. Atau untuk mereka yang tak mahu keluar dari kereta, barista akan datang ke kereta untuk ambil order pelanggan. Tanpa perlu bersesak dan juga beratur kita boleh nikmati kopi dengan rasa yang terbaik. 

Sebelum tu juga kami ada pernah ke suatu gerai kopi yang berhampiran dengan Jalan Reko iaitu Kopi Hainan. Cuma masa tu kami order yang fancy sikit dan juga rasa yang lebih manis. 

Saja la nak rasa sekali sekala kan. Okey juga sedap. Yang manis-manis tidak boleh diambil selalu nanti naik pula bacaan gula darah.


kedai kopi viral hipster kajang
Cube Coffee Caltex Kajang

kedai kopi hainan viral kajang
Kopi Hainan

kedai kopi viral hipster kajang
Menu Kopi Yang Lebih Pelbagai

Antara Kebaikan Kopi

Segar mata sebelum meneruskan perjalanan untuk masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Menarik sangat konsep kedai kopi jalanan ini. Dengan gaya hipster dan juga lokal kedai kopi jalanan ini memang mampu menarik perhatian peminat-peminat setia kopi.

Kopi ni bukan sahaja sedap untuk diminum dan dinikmati. Tetapi ianya juga boleh membantu mengurangkan tekanan dan juga rasa mengantuk. Kafein yang ada dalam kopi juga boleh meningkatkan metabolik tubuh serta bantu mengurangkan berat. 

Minum kopi berat turun siapa yang tak suka kan? Cuma jumlah yang disarankan sehari maksimum ialah sebanyak 300mg kafein (jumlah yang bersamaan dengan tiga kali ekspresso). 

Kita juga hendaklah bersederhana dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman. Takut jadi ketagih pula nanti.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top