Khasiat Limau Bali, Tambun atau Pomelo

0

Terdapat banyak rupanya kebaikan limau bali atau pomelo ini. Kalau di Malaysia kita biasa panggil limau Tambun. Ini kerana pekan Tambun yang berdekatan dengan Ipoh sangat terkenal dengan penanaman pokok limau ini.


Pekan Tambun juga menjadi pengeluar terbanyak limau bali dengan kualiti yang lebih baik. Ketika kami ke Ipoh minggu lepas, kami sempat melawat salah satu kebun limau balik Tambun. Kebun Gochin Tambun Pomelo Agro Farm merupakan antara kebun yang popular di sini.


Limau Tambun di Gochin Tambun Pomelo Agro Farm 

Gochin Tambun Pomelo Agro Farm ialah kebun yang mesra pengunjung atau pelancong. Kita boleh masuk secara percuma sambil melawat ladang limau bali ini. Selain pokok limau bali ada juga beberapa jenis tanaman agro yang lain terdapat di sini.


Semasa kami di sini kami juga diberi pendedahan dan penerangan tentang cara bagaimana limau bali ditanam dan juga beberapa khasiat serta kebaikannya.


Antara khasiat limau tambun limau bali
Gochin Pomelo Agro Farm


Khasiat Limau Bali, Limau Tambun (Pomelo)

Isi dalam buah limau bali ini ada yang berwarna putih dan juga merah. Kebiasaannya isinya dijadikan manisan dan boleh dimakan begitu sahaja. Selain itu kulitnya juga boleh dijadikan jeruk atau asam masin. 

  • Limau bali ini kan sangat popular lagi-lagi masa tibanya Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina percaya bahawa limau bali membawa tuah kepada keluarga.
  • Ianya juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan bagus untuk kesihatan tubuh. Selain itu tinggi kalium mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung dan juga melegakan kekejangan otot. 
  • Buah limau bali juga amat kaya dengan serat. Ianya dapat membantu melegakan masalah sembelit dan juga lancarkan pencernaan dan kekalkan kesihatan usus yang baik.

Banyak betul rupanya kebaikan dan juga khasiat daripada limau bali atau limau Tambun ni kan? 

Kami sempat beli beberapa biji limau untuk dibawa pulang ke rumah. Ini sebenarnya kali pertama saya tengok depan-depan pokok limau bali dalam seumur hidup. Baru tahu macam mana pokok limau tambau atau limau bali ini ditanam setelah melawat kebun Gochin Pomelo Agro Farm ni.

Antara khasiat limau tambun limau bali
Beli yang manis


Saya bayangkan macam pokok limau biasa yang kecil tu rupanya lebih besar dan agak tinggi.

Maka memang sesuailah dengan saiz buah limau tambun yang sememangnya lebih besar berbanding dengan limau biasa yang kita makan selalu tu.

Antara khasiat limau tambun limau bali
Besar rupanya pokok Limau Tambun ni


Selesai melawat kami keluar ke plaza toll Tambun untuk ke menghala ke Selangor dan pulang ke rumah. Lagi satu kan kalau nak best lagi boleh la cuba naik keretapi ETS dari KL ke Ipoh pula lepas nih. Penat juga sebenarnya nak drive lama-lama atas jalan nih. Kalau naik ETS boleh rasa juga pengalaman baru sambil tengok pemandangan luar.

Alhamdulillah lawatan dan trip jalan-jalan serta ke tempat makan menarik di Ipoh dan juga day trip ke Cameron Highlands kami kali ini dipermudahkan-Nya. 

Saya suka betul ke Ipoh ni sebab selain makanan tempatan yang sedap dan juga menarik, ada pelbagai tempat menarik yang boleh kita lawati. 

Sehingga berjumpa lagi, Ipoh. 

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top