Day Trip ke Cameron Highlands Petik Strawberi

0

Minggu cuti sekolah ni kami sekeluarga day trip ke tempat menarik di Cameron Highlands. Kami bertolak ke sana melalui jalan Simpang Pulai dari Ipoh. Sebenarnya plan asal trip nih kami nak jalan-jalan melawat Ipoh saja. 


Tapi disebabkan ada ahli keluarga yang tidak dapat ikut last minute. Maka kami naik ke Cameron Highlands semasa hari kedua di Ipoh. Okey jom kita tengok tempat menarik dan harga tiket Lavender Garden dan juga The Sheep Sanctuary di Cameron Higlands ni.


Seingat saya kali terakhir ke Cameron Highlands ialah ketika zaman universiti. Itupun sebab join kelab rekreasi kolej. Kemudian kebanyakan trip yang kami plan tak menjadi disebabkan kekangan kos dan juga keadaan cuaca tidak mengizinkan. 


Lawatan Tempat Menarik di Cameron Highland 

Disebabkan sangat on-the-spot nya kami punya trip ni, maka tempat yang disinggah pun ikut mana yang sempat sahaja. Dan kami juga tetapkan untuk turun semula ke Ipoh sebelum malam sebab nak lepak di Padang Polo Ipoh makan laksa Kedah yang popular di sana.


Antara tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang berjaya kami singgah ialah;


1- Makan Aiskrim Cantik di Lavender Park Cameron Highland

Tempat yang penuh dengan lavender ini juga dikenali sebagai Cameron Lavender. Wanginya aroma dekat sini. Cantik pula tuh. Kami sempat bergambar dan melihat sekitar kawasan ladang. Nak masuk ada bayaran tiket yang perlu dibayar. 


Selain itu kami sempat beli dan nikmati aiskrim lavender. Nurin masa nih kata dia macam makan minyak wangi. Bau wangi lavender kan aiskrimnya. Harga RM5 satu. 


Sambil tengok bunga di sini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis pokok bunga, ais krim berasap dan juga kedai souviner. Sempat juga grab fridge magnet dan juga jem strawberi buatan sini. 


Lawatan balik hari ke Cameron Highlands
Hydrangea Mekar 

Lawatan balik hari ke Cameron Highlands
Lavender Garden Cameron Highlands

Lawatan balik hari ke Cameron Highlands
Cantiknya bunga

Lawatan balik hari ke Cameron Highlands
Wanginya Lavender

Lawatan balik hari ke Cameron Highlands
Sempat grab sebotol dua jem strawberi [ Beli online di Shopee]

Mak saya pula beli pelbagai pokok bunga yang boleh ditanam di rumah nanti. Memang cantik-cantik semuanya. Boleh rambang mata dibuatnya.


Harga Tiket Masuk : Dewasa RM10 Kanak-Kanak RM7


2- Bermesra dengan Biri-Biri di The Sheep Sanctuary 

Sebelum masuk ke The Sheep Sanctuary ni kami singgah makan tengahari dulu. Nasib baik ada food court sebelah je. Jadi, makan dulu lepas tu baru masuk ke sini. Parking kereta pula dalam RM5 sepetak. 


Terletak berdekatan dengan Kea Farm. Ladang ini penuh dengan biri-biri yang terletak di Cameron Highland. Pengunjung juga boleh cuba beri makan, sentuh serta bergambar dengan biri-biri yang gebu ini.  

day trip cameron highlands 2022_The Sheep sanctuary
Gebunya bulu biri-biri di The Sheep Sanctuary 

Memang gebu betul bulunya. Seronok pula tepuk-tepuk manja biri-biri yang jinak di sini. Suasana juga cantik dan menarik untuk bergambar. Sesuai sangat kalau bawa anak-anak dan keluarga ke sini untuk ambil pengalaman dekat dengan binatang dan alam.


Harga Tiket Masuk : Dewasa RM8 Kanak-Kanak RM4


3- Opah's Strawberries & Jam Singgah Beli Scones

Ladang strawberi Opah's Strawberries ni berada di Tanah Rata, Caneron Highlands. Semasa sampai kami diberitahu buah strawberi tak berapa ada jadi kami hanya beli scones sahaja. Kalau ke sini kita boleh lihat staf kedai akan masak scones secara live di depan kedai. 

Menarik juga sebab saya jarang makan scone. Tapi sekali makan berbiji juga habis dan jangan lupa cicah dengan jem strawberi. Kami ke kedai seterusnya iaitu Abang Strawberry yang ada menawarkan pakej petik strawberi kepada pengunjung. 

daytrip cameron highlands 2022 (1)
Petik strawbery di Abang Strawberry


Anak-anak la yang lebih seronoknya dapat petik strawberi sendiri. Selesai petik strawberi kita kena bawa ke kaunter semula untuk ditimbang. 

Harga untuk 100gram pertama ialah RM7. Dan kalau lebih kena bayar ikut nilai berat yang lebih tersebut. Kalau anda nak beli online pun boleh di kedai Shopee Abang Strawberry.

Pulang Semula ke Ipoh

Kami berhenti rehat dan solat di surau yang berdekatan sebelum terus turun semula ke Ipoh. Masa turun hujan renyai tapi masih boleh memandu macam biasa. Itulah antara pengalaman kami trip balik hari ke Cameron Highlands baru-baru ini. 

Pada saya menarik sangat Cameron Highlands ni. Cuma cuaca tidak lagi sejuk macam dulu-dulu atau mungkin kami datang pada musim yang panas. Kesan-kesan tanah runtuh masih ada disepanjang jalan naik ke atas dari Simpang Pulai. 

Seram juga nak memandu naik tetapi apapun tawakal dan berdoa semoga dipermudahkanNya urusan kita semua, inshaAllah amin.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top