Advertisement

3 Doa Khatam Al-Quran Ringkas Untuk Majlis

Alhamdulillah segala puji dan di panjatkan kepada Allah S.W.T yang memberikan ilmu pengetahuan dan rahmat kepada sekelian manusia dan seluruh alam. Perkongsian hari ni adalah berkenaan dengan doa khatam Al-Quran yang ringkas dan mudah di amalkan. 

senarai doa khatam al-quran

Antara Doa Khatam Al-Quran Ringkas boleh dibaca seperti :

Doa 1 :

Maksudnya:

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas Rasul Kami Nabi Muhammad, keluarganya, dan sahabatnya.

Doa 2 :

doa ringkas khatam al-quran


Maksudnya:

"Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk, dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam."


Dan bacaan yang setepatnya dalam berdoa (doa 2) adalah dengan menyebut:


الّÙ„َÙ‡ُÙ…َ Ø°َÙƒِّرْÙ†َا Ù…ِÙ†ْÙ‡ُ Ù…َا Ù†ُسِّÙŠْÙ†َا


Manakala dielakkan sebutan nasiina kerana perkataan Ù†َسِÙŠْÙ†َا membawa maksud "kami telah lupakan" mengandungi maksud yang negatif iaitu yang menunjukkan kita meninggalkan atau mengabaikan al-Quran al-Karim, ianya dihukum sebagai makruh di sisi para ulama.


Maksudnya: Ya Allah ingatkanlah kami dari Al-Quran apa yang kami telah dilupakan akannya [1]


Doa 3 :

doa ringkas khatam al-quran

Maksudnya:


"Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran."


Galakan Berdoa Selepas Khatam Al-Quran:


Menurut Prof. Madya Dr. Kamarul Azmi didalam bukunya setiap pengkhatam al-Quran adalah sangat wajar mengambil kesempatan yang besar untuk berdoa ketika khatam al-Quran dengan doa yang memberikan kebaikan buatnya serta ahli keluarganya dan juga buat umat Islam dan umat manusia sama ada kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. 


Terdapat juga dalil daripada hadis yang yang mengukuhkan, iaitu (Al-Tabrani,1994: 647): 


Irbad bin Sariyah berkata, Rasulullah SAW bersabda,

dalil daripada hadis kebaikan berdoa selepas khatam al-quran

Bermaksud : "Sesiapa solat dengan solat fardu, maka dia memperoleh doa yang mustajab. Begitu juga sesiapa yang khatam al-Quran dia memperoleh doa yang mustajab. "


Waallahu a'lam (Dan Allah Maha tahu)


[Sumber rujukan]

  1. Doa Khatam Quran, Pej. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Tatacara Dan Doa Majlis Khatam Al-Quran, Siri 5, Kamarul Azmi Jasmi, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

Post a Comment

0 Comments