Advertisement

Sedap ke Mediterranean Sea Salt Sufoto FamilyMart ni?

Disebabkan saya peminat Doraemon maka memang teruja betul bila FamilyMart buat kempen Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon. Last rasa tahun 2019 tak silap masa mula-mula keluar Sea Salt Vanilla Sufoto dulu. 


Tapi kalau tak silap saya, kejap je masa tu tiba-tiba sahaja kempen dah habis. Tak sempat nak ulang rasa.


Kalau korang nak tahu Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon ni limited edition. Jadi kalau ikut banner tu kata sampai habis stok. Kalau nak rasa memang kena cepat-cepat ke FamilyMart beli sufoto ni. 


Anyway comelnya Doraemon tu.


sea salt sufoto family mart

Order Guna Aplikasi Family Mart 

Sea Salt Sofuto Ice Cream ni ada dalam bentuk kon, cup dan juga dalam bentuk pint. Masa beli ni saya order online guna aplikasi FamilyMart sambil kumpul point. Kalau order RM30 ke atas dapatlah free delivery ke rumah.


Point yang terkumpul dalam aplikasi FamilyMart tu nanti boleh ditebus dengan pelbagai barangan yang ada. Biasanya saya tebus Ice Latte sahaja dalam 400+ points.


sea salt sufoto family mart 2022
Beli terus saiz pint


Sedap ke Mediterranean Sea Salt Sufoto nih?

Saya suka rasa berlemak sufoto perisa vanilla dengan rasa masin-masin hujung lidah. Anak pun suka. Biasanya anak-anak asalkan aiskrim je memang makan je kan. Saya beli yang saiz pint (saiz besar) sebab boleh makan ramai-ramai. 


Lagi satu senang rider nak simpan dalam kotak makanan atas motor dia tu. Tak tumpah.


Korang dah sempat rasa ke Mediterranean Sea Salt Sufoto FamilyMart ni?

Post a Comment

2 Comments

  1. selalu la sangat g family mart tapi tak pernah jd member..adudu rugi point.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kena daftar ahli ni. Free je daftar kat apps FamilyMart tu sis. Boleh dapat promo ahli dengan redeem points.

      Delete