Pengalaman Cara Jual Kereta Terpakai Sendiri

Cara jual kereta sendiri atau direct owner ini sebenarnya tidaklah sukar dari pengalaman saya sendiri. Sebelum ni saya guna kereta Perodua Kancil EX 850 dari masa belajar lagi. 

Kereta ni keluarga yang punya tapi saya guna sebab ada lesen memandu selain arwah ayah. 

Jadi selepas belajar dan bekerja saya sambung bayar sehingga loan kereta berjaya dilangsaikan. Disebabkan tiada ahli keluarga lain yang nak guna ketika itu maka arwah izinkan saya pakai.


cara jual kereta terpakai sendiri


Pengalaman dan Cara Jual Kereta Sendiri (Terpakai)


Selepas hampir 10 tahun saya bercadang nak tukar kereta yang baharu. Lagi-lagi sebab saya bekerja dengan jarak yang agak jauh dari rumah. Maka teringin juga nak ada kereta dengan nama sendiri. 

Mula-mula saya tanya ahli keluarga dahulu jika ada yang berminat nak beli secara tunai. Dalam bertanya akhirnya ada yang nak beli untuk tujuan pakai kereta tersebut di dalam kawasan kampung. 

Kereta Kancil ni walaupun dah lebih 10 tahun, tetapi terjaga dengan baik. Jarang ada masalah yang besar seperti masalah aircond dan enjin. 

Memang betul-betul berjasa dengan saya dari zaman angkut barang ke Universiti sehinggalah bawa ke tempat kerja pertama. 

Jadi kenapa nak jual kalau keadaan kereta masih baik?


Saya juga berkeinginan nak cuba bawa kereta baru. Selain itu saya sedar saya tidak mampu untuk tampung kos roadtax dan insurans untuk dua buah kereta sekaligus. 

Jadi duit jualan tersebut boleh digunakan sebagai downpayment kereta yang baru.

Cara-Cara Jual Kereta Terpakai Secara Tunai

1- Tetapkan Harga Jualan dan Dapatkan Pembeli 

Untuk pembeli anda boleh iklankan kereta yang ingin dijual di FB ataupun Mudah.my. Lagi senang tanya orang sekeliling dahulu seperti saudara mara, rakan ataupun jiran satu taman. 

Harga jualan pula anda boleh semak dahulu di beberapa portal jualan kereta terpakai sesuai dengan keadaan dan tahun kereta tersebut digunakan.

Tetapi kalau anda tak mahu uruskan sendiri anda boleh guna ejen jualan kereta terpakai. Tetapi akan ada upah dan komisen yang perlu dibayar nanti. 

Selain itu anda juga boleh terus jual kereta tersebut di kedai kenderaan terpakai (used car). Cuma harga tentunya lebih rendah dari harga pasaran.

2- Pemeriksaan Keadaan Kereta di PUSPAKOM

Untuk urusan tukar nama kepada pemilik yang baru, kereta perlu lepasi pemeriksaan Puspakom dahulu. Bayarannya pula ikut harga semasa di Puspakom

Kebiasaannya harga pemeriksaan Puspakom ini anda kena masukkan sekali dalam harga jualan kereta tersebut. Jadi tak perlulah minta duit lebih lagi kepada pembeli.

Antara dokumen yang perlu dibawa ialah Geran atau Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Sekejap sahaja urusannya dalam satu hari pun boleh selesai. Borang B5 akan dikeluarkan oleh Puspakom untuk kenderaan yang selesai jalani pemeriksaan.

Tempoh sah pemeriksaan adalah selama 30 hari sahaja.

Kenapa Perlu Buat Pemeriksaan Puspakom Sebelum Tukar Milik Kereta?

Ianya bertujuan untuk melindungi pemilik baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang tidak menurut peraturan dan undang-undang jalan raya seperti kenderaan potong dan sambung.

3- Tukar Nama Pemilik di JPJ

Tukar nama kena ada pemilik asal untuk urusan pemeriksaan biometrik (cap jari). Macam kes saya jual pada saudara sendiri jadi selesaikan bersama-sama di bahagian tukar nama kenderaan di JPJ. 

Untuk panduan, kalau anda nak jual kereta kalau boleh semasa beberapa bulan sebelum insuran kereta tamat.

Ini kerana pemilik baru perlu beli insuran kereta yang baru selepas pindah nama dan nilainya agak tinggi seperti kereta baru. 

Bayangkan anda baru sahaja beli insurans tahun tersebut dan kereta dijual dalam masa terdekat duit insurans sebelumnya tidak boleh diguna pakai lagi. Hal ini perlu diterangkan dengan jelas kepada pembeli supaya tiada kekeliruan muncul selepas pembelian.

Duit Jualan Jadi Downpayment Kereta Baharu

Selesai sudah urusan jualan kereta terpakai saya kepada pemilik yang baru. Kereta baru yang dimaksudkan ialah kereta Perodua Axia. Tak adalah nak upgrade kereta besar sangat. 

Dari pengalaman pemanduan saya, Axia ni memang jimat minyak. Selain itu juga tempat duduk penumpangnya agak besar berbanding dengan Kancil EX850. 

Cuma dalam beberapa tahun kemudiannya masalah yang muncul adalah compressor aircond Axia rosak dan bocor tetapi enjinnya masih dalam keadaan baik. Harap Axia sekarang dapat bertahan lama juga macam kereta Perodua Kancil sebelum ni. 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Thanks for sharing. Belum ada niat nak jual cik Myvi kesayangan tapi sekdara nak tambah ilmu baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ikut panduan jual kereta sendiri Sal. Tapi nak guna ejen pun boleh kalau nak cepat.

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code