Advertisement

Cara Mudah Order Foodpanda Untuk Orang Lain

 Tak pasti cara order Foodpanda untuk orang lain? Saya pernah nak belanja saudara yang jauh di negeri lain. Tapi nak makanan tu cepat dihantar. 

Antara aplikasi yang mudah diguna adalah Foodpanda. Cara nak order pun tak susah dan straighforward. Saya biasa buat macam ni kalau masa melawat rumah saudara atau rumah kawan.

Sambil dalam perjalanan tu order siap-siap makanan dalam Foodpanda sebagai buah tangan. 

Boleh makan bersama-sama semasa makanan panas-panas kan. Tak perlu nak mencari lagi kedai makan kalau tiba di kawasan yang kurang familiar. 

Lagi satu kadangkala masa ada kod promosi tu makanan yang diorder dalam Foodpanda lagi murah dari kedai. Lagi-lagi kalau pilih untuk pick up order. Ikut musim juga lah. Kadangkala tak ada pun promosi diskaun harga.

cara nak order foodpanda untuk orang lain

Cara Order Foodpanda Untuk Orang Lain

Ikut sahaja langkah dibawah ini untuk mudahkan order makanan dari Foodpanda.

  • Buka dan Daftar Aplikasi Foodpanda guna email dan no telefon anda
  • Kemudian masukkan alamat penghantaran. Kemudian tunggu sekejap sebab Foodpanda akan kemaskini restoran yang ada di alamat yang dimasukkan tadi.
  • Pergi ke bahagian penghantaran dan pilih kedai makan dan menu yang diinginkan.
  • Tambahkan arahan penghantaran jika ada. Ni maksudnya arahan untuk delivery contoh nak minta asingkan kuah ke, nak lauk asing kan ke untuk tuan kedai.
  • Akhir sekali lakukan pembayaran secara online (kata nak belanja saudara tadi kan). Bayar siap-siap guna transfer automatik di akhir langkah. 


cara order foodpanda untuk orang lain

Tips Cara Mudah Order Foodpanda Untuk Orang Lain

Kemudian jangan lupa beritahu kepada penerima untuk tunggu makanan sampai. Kalau tak kesian pula rider kena 'sidai' (baca: tunggu) lama nanti. 

Lagi satu kan, kalau order untuk orang lain ada baiknya anda chat dengan rider. Beritahu beliau yang order tersebut untuk kawan ke saudara. 

Untuk bahagian lokasi pula masukkan dengan tepat (pinkan alamat dengan betul). Kalau takut aplikasi akan tersalah pilih lokasi anda sendiri secara automatik, padamkan dahulu alamat penghantaran anda (alamat yang pernah digunakan sebelum ini) dalam Foodpanda.


Sedekah Makanan Untuk Yang Tersayang

Semoga tips dan cara nak order Foodpanda untuk orang lain di atas dapat bantu anda. Mana tahu nak belanja kawan-kawan atau adik beradik masa gaji ni ke kan. Tapi mereka jauh dari anda. 

Jadi gunakan sahaja Foodpanda. Bukan setakat makanan sahaja, boleh juga order kek, barang-barang rumah dan juga dapur. Ikut jenis kedai yang ada di lokasi yang anda tetapkan.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments