Advertisement

2 Cara Buat Link Whatsapp Direct Ayat Sendiri

Kalau anda aktif berniaga online anda patut letak link whatsapp direct untuk customer. Tapi macam mana cara nak buat link whatsapp tanpa save nombor tu? Nak dijadikan cerita saya nak order barang dari seorang seller ni. 

Kemudian beliau cuma letak nombor untuk dihubungi sahaja dalam hantaran beliau di Facebook. Dah ambil masa customer nak simpan dulu kemudian baru dapat whatsapp. 

Akhirnya saya beli sahaja dengan seller yang lain jual barang yang sama. Saya rasa ramai yang sependapat bahawa seller di media sosial ataupun blog kena letak terus link untuk customer whatsapp anda direct.

Bukan apa, lecehnya kalau kami para pembeli nih save dulu nombor anda baru boleh Whatsapp.

Jadi untuk memudahkan semua seller di sini ada satu cara buat link Whatsapp tanpa perlu simpan nombor.


Cara Buat Link WhatsApp Yang Tak Perlu Save Nombor


1- Cara Pertama (Direct Copy Paste)

Anda copy paste sahaja link dekat bawah ni.

http://www.wasap.my/60124567

Masukkan sahaja nombor phone anda dekat hujung sekali.

Peringatan: Kod 6 jangan lupa letak depan no phone untuk kod negara Malaysia.

Nak letak mesej terus pun boleh.

Buat tanda palang kemudiah letak je mesej yang anda nak dekat situ.

Contoh:

http://www.wasap.my/60124567/OrderDariFacebook

cara buat link whatsapp tak perlu save nombor

Semak dulu link yang sudah dibuat

Ok dah siap! Boleh dah terus guna dekat iklan bisnes anda.


2- Cara Kedua (Dengan Mesej Berjarak)

Tutorial lain yang boleh anda cuba ialah dengan cara seperti;

Contohnya anda nak ada mesej yang berjarak supaya link whatsapp nampak kemas.

Cara di bawah ini boleh digunakan untuk tambah mesej tersebut.

Contoh:

https://wa.me/60124567?text=Order%20Dari%20Facebook

Tambahkan kod %20 (untuk jarakkan perkataan) selepas setiap perkataan atau mesej untuk customer.

Semak link Whatsapp yang sudah dibuat


Selamat mencuba serta semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments