7 Senarai Cadangan Hadiah Kahwin Pengantin Baru

Apabila tiba musim kenduri kahwin pasti ada yang buntu tentang senarai cadangan hadiah kahwin lengkap serta sesuai untuk pengantin. Hadiah yang diberikan sebaik-baiknya adalah yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Selain itu tidak semestinya pilih hadiah mahal. Yang sederhana juga sudah mencukupi selagi ia ada kegunaannya. Yang penting ikhlas dan tanda kita meraikan hari bahagia mereka.

list cadangan hadiah kahwin lengkap untuk pengantin

Jom baca lagi senarai lengkap cadangan hadiah kahwin untuk pengantin baru.

Senarai Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Baru

Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga kadangkala tidak sempat atau belum berkemampuan untuk membeli barang atau gajet untuk kegunaan dalam rumah.

Maka, dengan itu jika kita ada sedikit modal boleh lah untuk pertimbangkan hadiahkan mereka barangan seperti di bawah ini.

1- Set Kelengkapan Dapur

  • Antara yang menjadi pilihan termasuklah;
  • Pinggan mangkuk yang berkualiti
  • Set teko dan cawan tembikar
  • Set sudu dan garfu cantik
  • Set pisau yang bagus serta berkualiti
  • Alas beroda untuk tong gas
  • Glass Casserole/ Pyrex

2- Barang dan Peralatan Elektrik

Barangan elektrik adalah antara yang paling disarankan antara sebabnya kerana ianya agak mahal untuk dibeli sekaligus oleh pengantin baru.

Anda boleh bertanya kepada pasangan pengantin hadiah barang elektrik yang mereka harapkan. Tetapi pastikan ianya dalam bajet yang anda tetapkan

Antara yang menjadi pilihan adalah;

  • Air fryer
  • Pembakar roti
  • Periuk nasi elektrik
  • Cerek air elektrik
  • Blender
  • Kipas
  • Penyedut hampagas tanpa wayar (cordless vacuum)
  • Oven ataupun microwave
  • Mesin pembuat kopi

Saya masih ingat lagi hadiah barang elektrik yang diterima ketika kenduri kahwin beberapa tahun lepas ialah microwave jenama Samsung. Dan yang bestnya ianya masih lagi berfungsi dengan baik sehingga sekarang.

3- Pakaian Atau Fabrik Untuk Pengantin

  • Set telekung
  • Sejadah gebu
  • Set cadar cotton yang cantik
  • Bantal IKEA (sedia divakum dan mudah untuk dibalut sebagai hadiah)
  • Telekung berkualiti tahan lama [Beli di Shopee]

4- Makanan Viral (Sedia dimakan)

Sekarang terdapat banyak jenis makanan yang boleh dikatakan viral dan juga sedap untuk diberikan sebagai hadiah kepada pengantin baru. Kalau nak lebih nampak istimewa berikan dalam bentuk hamper ataupun dibalut dengan cantik.

Antara jenis makanan yang boleh anda berikan antaranya ialah;

  • Sambal instant (contoh: Sambaleena, Sambal Nyet…)
  • Rempah ratus paket lengkap
  • Pelbagai jenis coklat
  • Pelbagai jenis sos (Sos cili, tomato, sos tiram dan juga sos perap)

5- Buku atau Bahan Bacaan Ilmiah

Anda juga boleh masukkan buku atau bahan bacaan dalam pilihan senarai hadiah kahwin yang boleh diberi kepada pengantin baru.

Antaranya ialah buku-buku yang boleh memberi panduan dan juga informasi untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

6- Kelengkapan Rumah dan Bilik

Menarik juga kan kalau beri mereka kelengkapan bilik atau rumah seperti;

  • Meja kopi
  • Pokok bunga hiasan
  • Dapur gas mudah alih (portable)
  • Frame gambar hiasan (gambar abstrak pilihan terbaik)
  • Karpet baldu cantik
  • Kipas berdiri mudah alih
  • Penghawa dingin mudah alih

7- Tiket Taman Tema Air ataupun Pakej Bercuti

Kalau boleh kongsi dengan rakan-rakan yang lain kan. Anda boleh hadiahkan bakal pengantin pakej percutian ke pulau untuk 2 hari 1 malam. 

Selain pakej bercuti, anda boleh juga berikan mereka tiket pecuma untuk taman tema air berdekatan. Pasti mereka gembira dapat hiburkan hati selepas menguruskan majlis perkahwinan yang pasti agak memenatkan.

Hadiah Yang Memberi Makna Baik dan Ingatan Ikhlas

Semoga senarai cadangan hadiah kahwin ini dapat memberi idea untuk anda memilih yang terbaik. Hadiah yang diberi seeloknya biarlah yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Anda boleh beri hadiah berdasarkan minat mereka contoh peralatan untuk berkhemah bagi yang suka camping, rod memancing bagi kaki pancing ataupun non-stick pan berkualiti bagi yang suka memasak. 

Selain dari senarai barang hadiah kahwin diatas, kita juga harus berdoa semoga ikatan perkahwinan yang didirikan pasangan tersebut berkekalan hingga ke syurga, InshaAllah amin YRA.

Semoga bermanfaat

Post a Comment

0 Comments

Ad Code