Advertisement

Cuba Makanan Best di Concubine Lane Ipoh

Antara tempat menarik di Ipoh sudah tentunya Concubine Lane ataupun Jalan Panglima yang popular. Kebanyakan kedai buka dalam jam 10 ke 11 pagi. Jadi jangan datang awal sangat sebab kosong sahaja nanti. 

Concubine Lane atau dikenali juga dengan Jalan Panglima mempunyai pelbagai kesan sejarah bandar Ipoh diwaktu kemuncaknya dahulu. Selain daripada mural yang cantik, terdapat juga kedai yang menjual pelbagai jenis barang antik yang menarik.

Nama Concubine Lane dikaitkan dengan sejarah seorang saudagar Cina bernama Yau Tet Shin yang berikan rumah serta dan perniagaan untuk dijalankan di sini kepada isteri-isterinya.

makanan menarik di concubine lane
Concubine Lane

Namun sekarang jalan ini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Ipoh, Perak. Seolah-olah tidak sah kalau melancong ke Ipoh tetapi tidak singgah ke Concubine Lane. 

Selain dari beberapa tempat makan menarik di Ipoh, anda juga boleh dapatkan macam-macam makanan yang viral dan best di jalan ini. 

Antaranya ialah;

Concubine Lane Cotton Candy

Comel betul la cotton candy dekat Concubine Lane ni. Harganya bergantung kepada jenis corak yang anda suka. Dari warna monotone sampailah ke yang berwarna-warni. Macam-macam ada di sini. 

concubine lane I
Cotton candy apakah ini?

Tempat menarik jalan panglima Ipoh
Aunty yang popular jual cotton candy

Kuma Rainbow Cheese Toast

Viral juga rainbow chessy toast di Instagram. Comel sahaja bekas letak toast tu. Kalau ke sini boleh lah cuba makan Kuma Rainbow Cheese Toast ni. 

Sambil layan bergambar dapat juga alas perut lepas penat berjalan kan?

Segarkan tekak dengan teh Concubine di Kuma

Kuma Concubine Lane Ipoh
Rainbow cheese toast

Pelbagai Jenis Barang Jualan di Concubine Lane Ipoh

Menarik kan semua makanan di atas? Kami tak sempat nak cuba semua sebenarnya. Lagipun perut dah penuh masa tu. 

Selain makanan ada juga pelbagai barang jualan lain contohnya, pokok succulent dan pelbagai jenis kaktus yang comel. 

tempat best di Ipoh

Sempat juga beli sepatu dua untuk dibawa pulang sebagai kenangan. 

Antara Makanan Popular lain di Concubine Lane


Selain yang dikongsikan di atas, ada beberapa lagi makanan popular yang boleh anda cuba kalau ke Concubine Lane Ipoh ni. Antaranya ialah;
  • Sengkuang calit
  • Kuih titisan hujan
  • Ais krim waffle
Cuma kami tak sempat nak rasa semua makanan yang menarik ni. Mungkin lain kali jika ada peluang untuk berkunjung ke sini lagi.

Kafe Harry Potter Platform 9 1/2 Concubine Lane Ipoh

Selain itu boleh juga singgah ke kafe Harry Potter Platform 9 1/2. Rekabentuk kafe diinspirasikan dari filem Harry Potter serta berbentuk unik dan juga cantik untuk bergambar. 

Jadi untuk anda yang datang ke Ipoh jangan lupa untuk singgah dan melawat ke Concubine Lane Ipoh Perak.

Post a Comment

0 Comments