Advertisement

Pengalaman Mendaki Gunung Angsi

Sempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos lepas kami dua beradik telah berjaya mendaki Gunung Angsi dari awal hingga ke puncaknya. Pengalaman mendaki Gunung Angsi kali ini ialah dengan melalui  trail Bukit Putus. 


Menurut adik saya, ada satu lagi trail yang lebih mencabar tetapi lebih singkat iaitu melalui trail Hutan Lipur Ulu Bendul. Tetapi disebabkan kami agak lewat sampai maka, kami ikut jalan yang lebih mudah. Mula-mula plan nak daki Bukit Broga, tapi sebabkan dah beberapa kali naik jadi kami ke Bukit Putus saja.


Mendaki Gunung Angsi Melalui Laluan Bukit Putus

Lagipun cuti-cuti nih tengah ada masa kosong jadi kami bercadang hiking di Gunung Angsi. Pengalaman ini merupakan yang pertama kali buat saya walaupun berasal dari Negeri Sembilan. Tetapi belum ada pengalaman mendaki sekitar sini.

Pendakian kami bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 am. Sebelum mulakan pendakian kami perlu membayar permit di kaunter sebelum jalan naik sebanyak RM5 seorang. 

pengalaman mendaki Gunung Angsi negeri sembilan
Photo: Mercu Tanda Gunung Angsi

pengalaman mendaki Gunung Angsi negeri sembilan
Photo : Pemandangan bandar Senawang dari atas gunung

pengalaman mendaki Gunung Angsi negeri sembilan
Photo : Antara sebahagian keadaan jalur pendakian

Photo : Permit RM5/Orang perlu dibayar sebelum mendaki


Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 825 meter. 

Jadi ikutkan ada dua trail mendaki iaitu melalui Ulu Bendul dan juga Bukit Putus. Tapi kami memilih untuk mendaki melalui Bukit Putus.

Trek mendaki boleh dikategorikan sebagai sesuai untuk golongan yang baru cuba mendaki dan juga sesuai untuk latihan Trail Run, tidak terlalu sukar atau mudah (Beginner-Intermediate trail).

Semangat Mendaki Sehingga Ke Puncak Gunung


Bila jarang dah mendaki gunung makanya memang rasa gigil juga la lutut . Tapi disebabkan semangat berkobar-kobar nak naik sampai ke puncak gunung maka kami teruskan juga walaupun perlahan.

Sambil mendaki dengan penuh kesantaian ada juga berhenti-henti rehat sambil ambil gambar pemandangan hutan. Aroma dalam hutan tak tahu nak digambarkan. Tenang sahaja.

Alhamdulillah setelah berjaya turun kami berehat sebentar di parking lot sambil makan jambu. Ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman serta bundle pakaian dan keperluan hiking. 

Setelah selesai berehat kami terus memandu ke Giant Nilai untuk makan nasi ayam penyet Warisan disana.

Post a Comment

0 Comments