Cabaran Mendaki Di Gunung Lambak Kluang

0

Sabtu lepas kami anak beranak ke bandar Kluang, Johor dalam kira-kira 2 jam pemanduan dari Kulai melalui highway Plus. Aktiviti yang bakal dilakukan antaranya ialah hiking di Gunung Lambak dan mandi kolam tema air yang ada di kaki gunung tersebut.


Selain itu, biasanya kalau di sini kami juga akan cari kopi Kluang.


Pengalaman Mendaki Di Gunung Lambak Kluang

Sampai di parking lot dalam jam 9 pagi dan tanpa berlengah kami terus bersiap untuk mulakan pendakian. Sebelum datang sini ada juga kami study tentang trail dan kesesuaian untuk kanak-kanak.  Oleh kerana ramai yang kongsikan pengalaman mendaki di Gunung Lambak dan sesuai untuk semua katanya, maka kita cuba juga mana yang termampu.


Anak-anak nampak lebih bersedia walaupun saya ada sedikit kerisauan tentang trailnya yang lebih pacak dan berbatu berbanding trail Gunung Pulai. 


Ada juga yang mengatakan ramai yang training di sini sebelum mendaki Gunung Ledang.


pengalaman mendaki di Gunung Lambak
Photo : Trailhead Gunung Lambak, Kluang

pengalaman mendaki di Gunung Lambak
Photo: Tali disediakan di bahagian yang sedikit curam

Tali disediakan disepanjang trail, kalau boleh pakai glove semasa mendaki di sini. Masa kami naik terlupa bawa sarung tangan, jadi mencabar sikit nak tarik badan sendiri naik ke atas.


pengalaman mendaki di Gunung Lambak

Sesi panaskan badan dimulakan sebelum mendaki, dan kami berjalan naik melalui jalan tar kecil menyusuri taman herba dan taman bunga. Walaupun begitu, keadaan taman nampak terbiar cuma ada kolam dan air pancut menyerikan suasana di hutan ini.


Sampai di permulaan off-road kami jumpa signboard ni katanya di situ adalah tempat mengambil air untuk istiadat siram tabal sempena kemahkotaan DYMM Sultan Johor pada Mac 2015. Mesti sangat istimewa tempat punca air disini. 


Memang airnya sangat jernih langsung tiada tanda pencemaran dan ada larangan mandi di sini.

pengalaman mendaki di Gunung Lambak
Photo : Awal-awal mendaki dah cerun 

Pendakian menyusuri tangga-tangga penyesalan. Inilah yang biasa saya rasa setiap kali mendaki. Seolah kenapa lah daku di sini sengaja memenatkan badan dan kaki. Tapi apapun tetap juga diteruskan sehingga mana yang termampu.

Biasanya kalau masa aktiviti hiking kami tidak lah sampai mesti kena mendaki hingga ke puncak. Setakat yang termampu sahaja. Lagi-lagi bawa anak-anak bersama kan. Kena ikut pace mereka juga.

pengalaman mendaki di Gunung Lambak
Photo: Ketinggian Gunung Lambak 510meter dari aras laut

Trailhead Gunung Lambak Kluang Johor

Keadaan trail yang langsung tiada 'diskaun' landai nampaknya. Memang agak memenatkan lagi-lagi keadaan berbatu dan akar kayu yang banyak berselirat. Sikecil mula mengeluh kepenatan. Tapi pendakian diteruskan juga. Saya tanya juga pada anak-anak samada ingin berhenti atau turun semula, alhamdulillah keduanya semangat nak naik ke puncak.


Alhamdulillah kami selamat sampai ke peak dan turun semula kira-kira jam 11 pagi sambil berehat sebentar di kolam di starting point mendaki. Puncak adalah bonus jika dapat dijejak namun yang lebih penting adalah keselamatan dan kesihatan anak-anak.


Kami teruskan aktiviti mandi manda di kolam mandi berbayar yang terletak di kaki gunung. 


Sambil itu ambil peluang untuk bersihkan diri dan berehat makan sebelum pulang ke Kulai.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top