Advertisement

Resipi Kek Pisang Gebu Mudah Disediakan

Ini antara resipi kek pisang gebu dan sangat sedap yang saya gunakan. Awal-awal buat dulu saya guna resepi kek pisang sukatan cawan. Rasanya macam viral sekejap kan kek pisang ni dekat medsos. Dalam resepi ni saya masukkan pisang berangan. 


Tetapi nak guna pisang emas pun boleh tiada masalah. Misalnya anda gunakan pisang emas, masukkan dalam lima ke enam biji. Ini sebab saiznya yang lebih kecil dari pisang berangan.


Kalau nak tambah rasa boleh letak coklat chips ataupun serbuk coklat dalam sukatan resipi kek pisang ni. Apabila tergigit coklat chips tu memang sedap sangat. 


Cara Masak Kek Pisang Lembap (Sukatan Cawan & Guna Blender)

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula perang (kalau suka manis boleh letak 1 1/2 cawan)
  • 3 biji telur (saiz B)
  • 4 biji pisang (saya guna pisang berangan, pisang jenis lain pun boleh)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Coklat chips (ikut suka nak letak atau tidak dalam adunan)

Bahan B:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Resipi Kek Pisang Gebu Mudah Disediakan
Kek Pisang Gebu

Resipi Kek Pisang Gebu Mudah Disediakan

Resipi Kek Pisang Gebu Mudah Disediakan


Cara Masak Kek Pisang Gebu dan Sedap:

  • Sapukan dengan sedikit minyak/butter pada acuan bersaiz 5×9 atau acuan bulat 8 inci x 8 inci. Kemudian lapik dengan kertas baking.
  • Panaskan oven pada suhu 170°C. Sekurang-kurang dalam 15 minit sebelum kek hendak dibakar.
  • Ayak bahan-bahan B dalam satu mangkuk besar.
  • Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
  • Masukkan pula minyak, pisang yang dipotong kecil, garam dan esen vanila.
  • Blend lagi selama beberapa minit.
  • Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang ataupun coklat chips di atas permukaan adunan.
  • Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak


Cara Nak Tahu Kek Dah Masak Atau Belum

Cara nak tahu kek pisang sudah masak ialah dengan cara masukkan lidi bersih ke dalam kek. Kemudian tarik keluar, jika keadaan lidi bersih maka kek pisang dengan coklat chips sudahpun masak. Kalau ada lagi kek masih basah anda boleh tambah masa membakar dalam lima ke sepuluh minit lagi.


Kalau nak sedap boleh makan dengan biskut coklat chips ala Famous Amos ni. Takpun korang letak je coklat chips banyak-banyak dalam adunan kek pisang. 


Kek pisang nih memang favourite selain dari pelbagai jenis kek span. Tak hilang, zaman berzaman orang kata. Senang nak buat dan bahannya pun mudah untuk didapati dengan harga berpatutan.


Jadi korang macam mana ? 


Suka tak makan kek pisang ?

Post a Comment

0 Comments