Sarapan Pagi Menarik Ipoh Suhaimi Cafe Silibin

4

Hampir terlupa nak cerita pasal sarapan pagi di Ipoh di Suhaimi Cafe ni. Antara kedai makan best untuk sarapan pagi Ipoh yang terletak di Silibin. Kalau berdekatan dengan area Silibin ni sebenarnya ada banyak kafe lain dan gerai makan yang sedap kalau anda nak cuba. Antaranya termasuk Laksa Saranghae dan juga Nasi Vaggey yang popular. 


Selain itu kalau di Ipoh antaranya kedai sarapan favourite tentunya dimsum halal Canning Dim Sum. Okey berbalik pada Suhaimi Cafe. Vibe dan hiasan dalamannya ala kopitiam. Servis juga laju walaupun ramai pelanggan dalam satu masa. 


Memang ramai sangat orang lagi-lagi masa cuti. Kena beratur panjang juga sebelum dapat meja.


sarapan pagi suhaimi cafe Ipoh

Sarapan Pagi Ala Kopitiam di Suhaimi Cafe Ipoh

Kami sebenarnya masa ni nak gerak untuk day trip ke Cameron Highlands. Tapi pilih untuk sarapan dulu sebelum naik ke sana melalui jalan Simpang Pulai-Cameron. 

Lagipun jauh juga nak sampai ke puncak Cameron Highlands tu. Lebih baik isi perut dulu sebelum memandu.

Antara menu yang kami order termasuklah;

  • Kopi Vietnam
  • Milo ais
  • Mi Kari
  • Roti Benggali Kari Ayam
  • Roti Telur Goyang

kopi vietnam sarapan pagi suhaimi cafe ipoh
Kopi Vietnam

sarapan pagi suhaimi cafe ipoh
Mi Kari Suhaimi Cafe

sarapan pagi suhaimi cafe ipoh
Roti Telur Goyang

sarapan pagi suhaimi cafe ipoh
Roti Benggali Kari Ayam

Boleh tahan sedap juga mi kari yang saya order. Sedap dia tu secukup rasa macam tu. Kari pun pekat dengan mi yang agak banyak untuk semangkuk. 

Kenyang la senang cerita.

Anak-anak macam biasa milo ais dengan roti telur goyang. Semua menu dapat dengan agak cepat walaupun kedai ramai pelanggan. 

Teruja Tengok Keunikan Kopi Vietnam

Sebelum datang sebenarnya dah tengok ramai juga yang share tentang kopi Vietnam ni. Bila dah nampak depan mata ni memang excited dia lain macam. Teruja betul! 

Macam tu rupanya rupa kopi Vietnam di Suhaimi Cafe. Nak minum kena tunggu kopinya habis menitis dari bekas penapis yang diletakkan di bahagian atas cawan.


Cuba Datang Awal ke Suhaimi Cafe

Ikutkan kedai ni buka bermula jam 7.45 pagi. Tapi masa ke sana waktu cuti umum, memang ramai sangat yang dah beratur nak dapatkan meja. 

Jadi kalau nak cuba makan juga di sini memang kena datang awal ataupun lepaskan waktu puncak pagi tu. Boleh rujuk laman Facebook Suhaimi Cafe untuk masa buka dan hari yang ditutup.

Lokasi : Suhaimi Cafe, 11, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaff, 30100 Ipoh, Perak

Post a Comment

4 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

  1. banyak rupanya tempat makan best kat silibin. Tq infonya

    ReplyDelete
  2. okay boleh cuba next tme hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kena cuba. Sedap2 semuanya

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top