Advertisement

Cara Dapatkan Penyata Bank Statement CIMB Online [2023]

Banyak permohonan contohnya pinjaman bank sekarang perlu submit penyata bank. Tapi sekarang senang dah nak dapatkan bank statement CIMB secara online. Kalau tidak kena pergi ke kaunter bank untuk mohon penyata akaun ni kan.

Saya perlukan penyata ketika daftar sebagai rakan pengedar bisnes. Masa pendaftaran kena hantar sekali salinan penyata akaun bank. Antara sebabnya ialah untuk sahkan nombor akaun yang betul. 

Penyata bank ini kebiasaannya akan ada maklumat nombor dan nama pemilik akaun bank.

Lagi satu keperluan penyata bank ialah semasa nak submit loan untuk beli kereta pertama. Kena bagi tiga bulan statement bank dan gaji untuk dilampirkan dengan permohonan pinjaman bank.

Antara sebabnya ialah untuk pihak bank lihat kesahihan pendapatan yang kita terima dan perbelanjaan setiap bulan untuk layakkan loan kita diluluskan. 


Apa Itu EStatement (penyata elektronik) Akaun?

Nak dapatkan bank statement CIMB Estatement dari mana-mana bank utama di Malaysia ialah dalam bentuk salinan berformat PDF yang boleh disimpan di laptop ataupun telefon pintar anda. 

Ianya juga boleh dicetak keluar dalam salinan kertas fizikal sendiri.

Kebanyakan bank-bank sekarang tidak lagi menyediakan salinan penyata untuk dihantar ke pemilik akaun setiap bulan atas dasar menjimatkan penggunaan kertas (Green Policy).

Namun, pihak bank masih memberikan pilihan untuk anda langgan penghantaran penyata akaun bulanan ke email anda. Jadi salah satu cara lain ialah semak email anda untuk dapatkan penyata bulanan yang dihantar oleh pihak bank. 

Tapi ada cara lain nak dapatkan penyata akaun bank seperti di bawah ini.


Cara Dapatkan Penyata Bank Statement CIMB Online

Langkah 1:    Login dan masuk web cimbclicks menggunakan Username dan Password anda

Langkah 2:    Kemudian pergi dan klik di bahagian My Account 

Langkah 3:    Klik di tempat yang ada tanda titik tiga [ ... ] tersebut. 

Langkah 4:    Pilih eStatement dan klik pada [View/Download eStatement]

Langkah 5:    Pilih bulan yang dikehendaki serta download ke smartphone atau komputer anda


cara dapatkan statement cimb bank
Log in ke akaun Cimbclicks anda

cara download penyata cimb bank online
Klik pada bahagian tiga titik

cara dapatkan penyata bank online
Klik pada bahagian view/download statement

download penyata bank online
Muat turun (download) penyata bank bulanan anda


Tidak Perlu Beratur di Kaunter Lagi

Masa kerja kadangkala payah nak keluar ke bank, jadi yang paling mudah guna cara atas talian sahaja. Dulu-dulu jenuh nak kena beratur dekat kaunter kalau nak minta penyata bank ni. 

Nasib baik lah sekarang dah mudah nak dapatkan bank statement CIMB dari web rasmi sahaja. 

Baca lagi : Panduan dan tips beli kereta pertama

Semoga bermanfaat. 

Post a Comment

0 Comments