Advertisement

Sedap Betul Resepi Sambal Udang Petai

Antara makanan dan juga resepi sambal udang petai yang biasa saya buat di rumah. Sedap betul makan dengan nasi panas. Walaupun anak-anak masih kurang menerima kalau saya letak petai, tapi udangnya masih di makan. Biasalah kan budak-budak belum biasa lagi nak makan petai.

Pada sesetengah orang petai ni ada bau yang tidak berapa menarik tapi saya suka. Walaupun baunya agak kuat tapi rasanya sedap serta mempunyai kebaikan bantu kurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Sambal udang petai sedap

Resepi Sambal Udang Petai Sedap

Kalau nak sedap sebenarnya sambalnya perlu dimasak sehingga pecah minyak. Kombinasi garam, gula dan bahan-bahan lain juga perlu seimbang untuk menaikkan lagi rasa sambal yang sedap.

Bahan-bahannya:

500 gram udang

  • Petai 1 mangkuk (atau 3 papan)
  • Serai 1 batang (potong dua dan diketuk)
  • Bawang besar 1 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Cili boh atau kisar 2 senduk (saiz senduk nasi)
  • Garam secukup rasa
  • Gula
  • Serbuk perasa jika suka

Cara Memasak Sambal Udang Petai

  • Udang dibersihkan dan digoreng sebentar terlebih dahulu
  • Toskan dan ketepikan udang goreng
  • Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis
  • Masukkan bawang besar dan putih yang telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan gili boh atau kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak
  • Boleh tambahkan minyak lagi jika bahan tumisan terlalu banyak dan garing
  • Tambah air sedikit demi sedikit dan teruskan menumis sehingga sambal masak sepenuhnya
  • Masukkan garam sedikit dan gula mengikut citarasa
  • Kemudian masukkan petai dan tumis sebentar
  • Akhir sekali masukkan udang goreng tadi dan gaul sebentar
  • Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air untuk sambal

Petai

resipi sambal udang petai
Sambal sedap

Jangan lama sangat masak udang jika tidak mahu ia terlalu kecut. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments