Advertisement

Resipi Jemput-Jemput Bawang Ikan Bilis Rangup Sedap

Jemput-jemput bawang ikan bilis rangup dan sedap ni makan masa hari tengah hujan memang layan. Dari sebiji ke sebiji masuk ke mulut. Akhirnya sampai tak sedar dah habis sebekas.

Anak-anak memang suka sangat makan jemput-jemput ataupun biasa kita panggil cekodok bawang ni. Lagi-lagi kalau rangup di luar lembut dan sedap di dalam. 

Selain cekodok, antara menu minum petang yang sedap ialah roti jala lembut cicah kari ayam. Memang sedap!

Nak buat pun tak sesusah mana. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Walaupun nampak mudah tetapi kadangkala tak menjadi. Keras sahaja kan? Nak gigit pun punyalah susah.

jemput-jemput bawang ikan bilis rangup


Resipi Jemput-Jemput Bawang Rangup, Lembut di Dalam serta Sedap

Macam mana cara nak buat jemput-jemput bawang yang rangup tapi tak keras apabila dikunyah? 

Jom baca lagi resipi dan juga cara-caranya dalam perkongsian di bawah.

Bahan-bahannya;

  • 3 cawan tepung gandum
  • Secubit garam untuk perasa (boleh larutkan dalam air dahulu jika takut garam tak hancur)
  • Lebih kurang 1 cawan air sederhana panas (boleh tambah kemudian jika pekat)
  • 1 biji bawang besar atau apa sahaja isi yang anda suka
  • Ikan bilis dibasuh bersih kira-kira 1 genggam


Cara-Cara Buat Jemput-Jemput Bawang 

  • Mula-mula hiris bawang dalam saiz yang anda suka. Kalau saya hiris nipis-nipis
  • Kemudian tambahkan bawang dan ikan bilis ke dalam tepung dan gaulkan
  • Tambah air sedikit demi sedikit dan kacau
  • Pastikan bancuhan tepung agak kental supaya senang nak kaut semasa menggoreng nanti
  • Panaskan minyak masak
  • Kemudian masukkan bancuhan tepung sesudu demi sesudu dalam kuali
  • Goreng agak-agak rangup dan warna putih tepung bertukar keperangan
  • Sedia diangkat dan ditoskan minyaknya
  • Makan dengan sos pencicah atau begitu sahaja juga tiada masalah.
jemput-jemput bawang ikan bilis rangup
Sediakan bahan-bahannya dahulu

campur bahan dan gaul rata

Boleh tambah air sedikit jika bancuhan terlalu pekat


Tips Untuk Jemput-Jemput Rangup Tidak Keras

Masa sediakan bancuhan, jika ianya agak kental boleh tambah lagi air untuk cairkan sedikit. Kalau kental sangat nanti takut keras pula selepas digoreng. 

Nak kata saya power sangat masak cekodok atau jemput-jemput bawang ni tidak juga. Saya sendiri juga berulang kali cuba baru dapat sukatan yang betul untuk jemput-jemput bawang sedap, rangup dan tidak keras.

Kita mungkin tidak berjaya untuk pertama kali. Tetapi jangan putus asa kerana apabila anda sudah dapat rentak dan sukatan bancuhan yang sesuai, semuanya akan terasa lebih mudah.

Selamat mencuba semua. 

Post a Comment

0 Comments