Advertisement

Pengalaman Melabur Unit Trust Public Mutual

Dah dekat setahun lebih rupanya pengalaman melabur unit trust Public Mutual ni. Plan asal sebenarnya nak cuba cara untuk kembangkan dan tambah duit simpanan. Nak main saham macam orang lain masih tak pandai lagi. Jadi saya ambil keputusan untuk cuba melabur di selain ASB dan juga Tabung Haji (TH)

Jadi untuk yang baru nak mula melabur ada beberapa perkara yang patut anda ambil tahu tentang unit trust. 

Beberapa perkara yang saya kongsikan dibawah mungkin boleh jadi panduan sebelum anda lakukan pelaburan di mana-mana unit trust ataupun unit amanah ini.

Apa Itu Unit Trust?

Unit trust ataupun lebih dikenali sebagai unit amanah adalah suatu dana besar dari kumpulan wang pelabur. Duit yang dikumpulkan ini akan dilaburkan ke pelbagai jenis sektor dalam jumlah yang besar. 

Ia bukan dalam bentuk derma ataupun sumbangan orang ramai. Dana-dana ini akan diurus dan dilaburkan oleh syarikat pemegang amanah yang  diluluskan oleh  Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM). 

Pengalaman Melabur Unit Trust Public Mutual

Mula-mula saya cari seorang ejen Unit Trust yang boleh membantu saya dalam menguruskan pelaburan. Maklumlah, saya pun bukannya faham sangat tentang dana (fund) mana yang patuh syariah dan juga boleh memberikan pulangan yang positif.

Setelah setahun apa yang boleh saya perhatikan ialah, tiada lonjakan positif. Dalam erti kata lain tiada keuntungan langsung dibuat dari dana yang saya laburkan dalam masa setahun.

Ikut kata ejen, baru setahun melabur. Jadi belum boleh nampak keuntungan yang akan diperolehi. Jadi beliau sarankan teruskan melabur dan tunggu sehingga lebih kurang 5 tahun untuk lihat perkembangan pelaburan tadi.

Unit Trust Untung ke Rugi?

Pada saya unit trust ialah kaedah melabur yang perlukan masa yang panjang. Anda memang tak boleh nak nampak pelaburan yang berikan keuntungan besar dalam masa singkat. 

Lagi satu kalau nak melabur dalam unit trust ini, keuntungannya tidak dijamin macam ejen iklan kan. Setakat ni sebenarnya tiada syarikat pemegang unit amanah yang menjanjikan pulangan sebanyak 10% ke 30% setahun. 

Antara lain ialah, tak boleh bergantung sepenuhnya kepada fund manager (ejen unit trust) anda. Kena belajar juga cara nak tengok harga rendah dan masa sesuai untuk tambah pelaburan. 

Post a Comment

0 Comments