Advertisement

Makan Malam di Restoran Seafood Senibong

Antara tempat makan sedap di Senibong semestinya di restoran makanan laut yang terletak di Kampung Senibong. Ada beberapa restoran yang agak popular dekat sini kalau anda nak cuba. 

Sebelum ni dah cuba kedai lain, jadi kali ni kami makan ni restoran Anjung Senibong pula. Sebelum sampai ke sini kami ikut highway balik dari melawat tempat menarik di Pengerang

Makanan laut

Pelbagai pilihan ikan segar

Restoran yang luas


Cara Untuk ke Kampung Senibong

Dulu masa awal-awal ke sini boleh sesat sebab tak jumpa jalan masuk ke Kampung Senibong ni. Disebabkan banyak bangunan-bangunan baru yang dinaikkan, jadi Kampung Senibong agak tersorok sikit.

Kalau dari arah bandar Johor Bahru masuk ke kanan simpang empat bawah flyover betul-betul dekat dengan Aeon Permas Jaya. Aeon sebelah kiri. Kalau dari arah Masai, Aeon sebelah kanan. 

Teruskan perjalanan sampai simpang tiga dan belok ke kiri. Anda akan lalu di depan bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan di bahagian kiri dan kanan. Jalan lagi sampai nampak kawasan perkampungan dan belok ke kanan untuk ke bahagian parking.

Parking di kawasan restoran ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 per kereta. Parking sesak kalau hari minggu tapi ada satu kawasan besar untuk letak kereta berhampiran dengan kawasan restoran.

Baca lagi: Restoran Seafood di Tanjung Adang, Tanjung Pelepas Johor


Antara Menu Seafood 

Kalau pergi masa hari minggu hampir semua restoran penuh dengan pelanggan. Kami suka datang awal sebelum malam sebab nak duduk di tempat duduk yang menghadap laut berhadapan dengan Singapore.


Ikan masak tiga rasa

Kerang rebus

Pemandangan dari Singapura


Waktu hari cerah boleh nampak kapal-kapal Navy negara seberang tambak dan juga aktiviti laut oleh nelayan.

Kalau datang ke Johor Bahru, boleh singgah makan di kampung Senibong ni.

Post a Comment

0 Comments