Advertisement

Tempoh Surat Google Adsense Akan Sampai Rumah

Jika jumlah terkumpul iklan Adsense cukup USD10, maka surat Google Adsense untuk pengesahan PIN akaun akan mula dihantar ke alamat kita. Jadi dengan ini blog airisbucket.com sudahpun cukup USD10 dalam syarat yang sepatutnya terima surat dari Adsense.

Kenapa Surat Google Adsense Penting Untuk Blogger Atau Youtuber?

Sebenarnya kalau kita buat blog ataupun ada channel Youtube sambil jana pendapatan dengan pengiklanan Adsense, surat ni sangatlah penting. 

Kenapa? Kerana ia ada nombor pin yang perlu kita masukkan dalam akaun Adsense kita yang sah.

Pin tersebut perlu untuk kita terima bayaran dari Adsense selepas wang terkumpul cukup 100 USD. Ia adalah had pengeluaran minimum hasil iklan di blog atau channel. 

tempoh surat pin adsense sampai rumah
Surat PIN Adsense akhirnya sampai

Pengesahan ini perlu dibuat kerana membuktikan bahawa akaun kita mempunyai penama yang wujud dan juga aktif. Satu emel/penama hanya untuk satu akaun Adsense sahaja. 

Jadi itula juga sebab huru hara rasa kalau-kalau surat belum juga sampai walaupun ada emel mengatakan surat sudahpun di pos. 

tempoh surat adsense sampai rumah
Emel yang di hantar oleh Google Adsense

Tempoh Surat Adsense Akan Sampai Rumah

Tempoh yang dinyatakan dalam emel dari pihak Adsense adalah dalam masa tiga minggu. Tapi ada juga rakan blogger lain yang terima lebih dari sebulan. 

Dalam kes saya, surat sanpai selepas permohonan yang kali kedua. Yang pertama tak sampai-sampai juga walaupun sudah lebih sebulan. 

Baca lagi : Kerja Part Time Online Untuk Suri Rumah

Apa Nak Buat Kalau Surat Google Adsense Tak Sampai-Sampai?

Kalau lebih dari tiga minggu surat tak sampai, kita boleh klik di bahagian verification akaun dan mohon surat tersebut dihantar sekali lagi.

Saya tak ingat berapa kali boleh mohon cuma kalau had dah penuh surat tersebut tidak akan dihantar ke rumah. 

Cuma untuk verifikasi akaun kita perlu masukkan butir-butir peribadi seperti nombor kad pengenalan (ID) dan juga salinannya untuk disahkan oleh pihak Google. Nanti akan diberitahu dalam sama ada emel ataupun dibahagian verifikasi akaun.

Jadi itulah cerita surat dari Adsense yang telah pun diterima dengan nombor pin untuk verify akaun saya di Google Adsense.

Harap lepas ni lepas pula 100 USD untuk dikeluarkan. Doakan blog Airis ya. Terim kasih. 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments