Advertisement

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online [2023]

Cara keluarkan duit ASB sekarang dah boleh buat secara online. Beberapa tahun sebelum ini pemegang saham ASB masih perlu ke kaunter bank, pejabat pos dan sebagainya untuk urusan jualan balik atau pengeluaran. 

Antara Syarat Pengeluaran Duit ASB Secara Online

Cuma untuk pengeluaran duit ASB secara online tertakluk dengan had sebanyak RM 2000 sebulan. Urus niaga jualan balik dalam talian juga hanya dibenarkan untuk Akaun Dewasa sahaja. 

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

  1. Layari dan login di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau gunakan aplikasi myASNB 
  2. Klik pada tanda 3 titik pada bahagian [DANA SAYA] dan pilih [JUALAN BALIK]
  3. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan dengan nilai minima sebanyak RM100 sehingga limit RM2000 jualan balik unit saham ASB. 
  4. Kemudian tandakan persetujuan dan klik [SETERUSNYA]
  5. Akhir sekali anda perlu buat pengesahan transaksi. 
  6. Mula-mula akan menggunakan [PUSH NOTIFICATION] dimana anda akan menerima notifikasi di telefon menerusi aplikasi myASNB. 
  7. Jika tidak berjaya, anda boleh menggunakan [Secure TAC] atau [SMS TAC] 
  8. Akhir sekali klik pada [Sahkan]
  9. Anda akan diberi resit transaksi dan mengesahkan ianya [BERJAYA] kalau kesemua info yang diberi betul. 
  10. Duit pengeluaran tersebut akan terus masuk ke akaun bank anda dalam masa 1 hari bekerja.

Login di aplikasi atau portal myASNB


cara keluarkan duit ASB online
Klik pada Jualan Balik

Masukkan jumlah dan klik SETUJU

Pengeluaran Duit ASB Melebihi RM2000

Jadi kalau anda merupakan penjaga dan ingin keluarkan duit dari akaun anak jagaan perlu pergi ke kaunter. Begitu juga jika jumlah pengeluaran melebihi RM 2000, anda perlu buat urusan pengeluaran di kaunter pejabat ASB ataupun ejen berdaftar.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments