Review Seborin Hair Tonic Rambut Gugur

Seborin Hair Tonic review khas untuk rambut gugur. Masalah ni makin lama makin teruk pula. Setiap kali sikat atau lepas mandi mesti banyak rambut yang luruh. 

Kadang-kadang masa tengah buat kerja seperti memasak atau masa kemas rumah pun boleh nampak banyak rambut di lantai. 

Buntu juga dibuatnya. Makin lama makin botak bahagian tengah kepala. 


Review Seborin Hair Tonic Untuk Masalah Rambut Gugur

Produk ini merupakan produk import dari Jerman. Kalau ke mana-mana farmasi mereka juga cadangkan untuk cuba Seborin Hair Tonic dari Schwarzkopf.

Selain Seborin hair tonic sebelum ni ada juga pernah try serum rambut dari Shaklee dan juga tempatan tetapi belum nampak kesan positif dekat rambut gugur tu. 

Lagi satu sebab harganya yang agak mahal berbanding Seborin. Jadi berbaloi ke tidak harga Seborin Hair Tonic ni dengan keberkesanannya? 

review seborin hair tonic untuk rambut gugur

Antara kebaikan Seborin Hair Tonic ini ialah;

  • Dirumus untuk bantu pertumbuhan anak rambut baru
  • Formula yang menyihatkan kulit kepala
  • Dapat kurangkan masalah kelemumur
  • Dan sesuai untuk mereka berambut nipis
Selain daripada tonik rambut gugur, Seborin juga ada dalam bentuk syampu untuk rambut gugur dan mengalami kebotakan.

Jadi anda boleh gunakan kedua produk ni dalam satu masa. Memang pakej yang sesuai sangat la kan untuk kita yang ada masalah rambut gugur. 

Selepas shampoo rambut kemudian pakai tonik Seborin pula untuk kesan optimum.

Kesan dan Review Pakai Seborin Hair Tonic

Dalam masa dua minggu pemakainan serum Seborin ni akan nampak anak rambut naik dekat bahagian yang mengalami kebotakan terutamanya suami.

Bila dah nampak anak rambut naik ni kena teruskan pakai. Jangan pula tiba-tiba tukar pakai tonik rambut gugur yang lain pula. Guna satu-satu dalam suatu masa sehingga nampak kesan positif.

Lain orang lain kesannya dan juga ada yang lambat baru nak naik anak rambut. Ada yang pakai sekejap dah ada kesan.

Bau dan Kesan Pakai Seborin Hair Tonic


Nak kata bau tonik ni wangi tak la jugak. Bau macam ubat. Macam saya dan suami pakai masa sebelum tidur. Kalau suami pakai masa nak pergi kerja macam tak sesuai pula sebab bau tonik ni agak kuat.

Jadi disarankan pakai masa sebelum tidur. Kesan penyerapan tonik ni sangat cepat. Masa ni saya tuang tonik dalam satu bekas penyembur kecil.

Kemudian masa nak guna sembur sahaja ke bahagian kulit kepala yang bermasalah.

Lepas dah sembur tonik rambut Seborin ini kemudian urut-urut sikit di bahagian kulit kepala tersebut. Ia untuk memudahkan tonik Seborin ni sampai ke bahagian kulit kepada yang bermasalah.

Okey itulah pendapat serta review peribadai Seborin Hair Tonic nih. Memang berkesan untuk mereka yang ada masalah rambut gugur.


Baca lagi: Ikhtiar Minum Minyak Habbatussauda Untuk Gegata

Mana Nak Beli Seborin Hair Tonik Lebih Murah?

Hampir semua farmasi yang popular ada jual Seborin Hair Tonic nih. Harga dalam lebih kurang RM47 sebotol. Kalau masa promosi boleh la dapat murah sikit. 

Cuma kalau nak lagi murah boleh beli masa promosi di Shopee.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code