Advertisement

Petua Muka Berseri Untuk Bakal Pengantin

Setiap bakal pengantin baru semestinya inginkan wajah atau muka yang berseri-seri ketika tibanya hari yang berbahagia nanti. Terdapat pelbagai petua-petua orang lama ataupun tradisi yang telah diamalkan secara turun temurun bagi memastikan muka tetap berseri-seri untuk bakal pengantin.


Selain itu mempunyai badan yang cergas serta kulit yang bermaya ketika hari pernikahan berlangsung. Mari baca lagi tentang petua muka berseri untuk tidak hanya bakal pengantin tetapi juga untuk semua.

Petua Muka Berseri Untuk Bakal Pengantin


Antara Petua Muka Berseri Untuk Bakal Pengantin ialah

1- Amalkan Pengambilan Buah-Buahan Kaya Vitamin dan Serat

Selain kaya dengan vitamin dan juga mineral, buah-buahan seperti oren, tembikai serta epal mempunyai serat yang membantu penghadaman. 


Tahukah anda? Jika sistem penghadaman dan pencernaan bakal pengantin sihat maka toksin-toksin yang terkumpul di dalam badan dapat dikeluarkan dengan mudah.


Badan yang kurang toksin serta cukup zat semestinya akan membuatkan kulit anda menjadi lebih berseri. Selain itu tubuh badan juga tidak mudah lesu seterusnya kelihatan lebih cergas dan bermaya.


2- Minum Teh Lemon dan Juga Halia

Halia adalah suatu tanaman herba yang telah terbukti membantu buang segala angin dan juga toksin dalam badan. Minum teh lemon yang dicampur dengan halia sangat digalakkan untuk bakal pengantin. 


Selain dapat singkirkan toksin ianya juga membantu melegakan tekanan dan juga melancarkan aliran darah.


3- Berlulur Badan serta Bersauna

Amalan bersauna di Malaysia sering dikaitkan dengan membantu untuk kurus. Bersauna merupakan suatu amalan yang bagus untuk menjaga kesihatan badan. 


Dengan bersauna ianya dapat membantu menyingkirkan toksik badan melalui peluh yang dikeluarkan.


Bersauna juga dapat membantu bakal pengantin mengurangkan stress dan memberi kelegaan kepada otot badan. Oleh yang demikian pastinya wajah bakal pengantin akan lebih berseri-seri ketika hari pernikahan nanti.


Baca lagi : 5 Sunscreen Terbaik Di Watsons


4- Kerap Bersenam

Kebiasaan bersenaman yang terbaik adalah di waktu pagi kerana dapat membantu menjaga metabolisme tubuh. Selain itu ianya juga dapat mengekalkan kesegaran jasmani dan rohani. Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi.


Bakal pengantin boleh mula bersenaman pagi dengan berjoging, berjalan atau pun berlari dengan cepat. Senaman yang dilakukan secara rutin boleh membantu melenturkan otot serta dan bantu menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan.


5- Amalan Mandi Bunga

Amalan mandi bunga merupakan amalan kebanyakan masyarakat Nusantara sejak dari turun temurun lagi. Mandi bunga dipercayai dapat membantu bakal pengantin menaikkan seri wajah dan juga mewangikan tubuh badan.


Namun pastikan ianya dilakukan tanpa sebarang bacaan mantera tertentu yang dikhuatiri dapat memesongkan akidah pengantin yang beragama Islam.


Kesimpulannya

Petua turun temurun daripada generasi lama ke generasi yang baru adalah sesuatu yang boleh bakal pengantin amalkan selagi ianya tidak memesongkan akidah. Selain itu, tidur yang nyenyak dan mencukupi juga buatkan badan lebih segar dan ceria. 


Walaupun rawatan moden mungkin lebih cepat memberikan hasil tetapi janganlah kita lupakan terus rawatan atau petua-petua tradisional. Selamat mencuba semua.    

Post a Comment

0 Comments