Sedap Ke Aiskrim Mochi Boba Nestle

Betul ke sedap aiskrim Mochi Boba dari Nestle ni? Tak silap saya aiskrim Mochi Boba Nestle ni dikeluarkan dalam awal tahun 2022. Saya suka makan mochi dan juga peminat boba. Ada pula gabungan kedua-duanya dalam bentuk aiskrim apa lagi kan memang kena beli la untuk dicuba.

Tapi biasalah saya ni kalau benda viral ni saya akan tunggu reda dulu. 

Sebab apa? Sebab kalau cari dekat kedai mesti akan kehabisan stok. Jadi sekarang memang masa sesuai untuk cuba. Kalau dekat rumah ni biasa saya beli dekat Family Mart selain beli Sufoto dan Oden. 


Mochi Makanan Tradisi Masyarakat Jepun

Untuk info mochi (rice cake) adalah sejenis kuih berbentuk bulat yang dibuat daripada beras (short-grain glutinous rice). 

Selalunya mochi akan dihidangkan ketika sambutan perayaan tradisional Jepun (Mochitsuki).

Manakala dalam mochi ini pula diletakkan pes atau inti yang berasaskan kacang merah. 


sedap ke aiskrim mochi boba nestle
Packaging cantik

sedap ke aiskrim mochi boba nestle
Elok rupa Mochi Boba

Tetapi seiring dengan zaman, mochi mula popular sehingga di luar Jepun. Macam sekarang pun mochi ni dah senang untuk kita beli walaupun berada di Malaysia. Cuma feeling dia kalau makan dekat Jepun tu mungkin sedikit berbeza. Rasa lebih dekat dengan budayanya sendiri.

Selain itu terdapat juga beberapa jenis mochi yang berintikan coklat dan pelbagai perisa lain seperti strawberi yang fresh, mangga dan juga cream cheese. Macam-macam inti ada sekarang ni untuk menarik perhatian pembeli.

Menarik pula kan?


Sedap Ke Aiskrim Mochi Boba Nestle?

Pada pendapat dan rasa di tekak saya ianya sedap! Untuk korang yang belum cuba memang patut cuba sekali. Anak-anak pun dah mula suka makan mochi. 

Untuk aiskrim mochi Nestle ini ianya didatangkan dengan inti boba yang disaluti dengan aiskrim vanila yang sedap. Tak cukup satu biji sekali makan.

Cuma kalau kita makan mochi biasa tu taklah meleleh keluar intinya kan. Ini sebab nama pun sejenis mochi berintikan aiskrim. Maka memang bersepah sikit masa nak makan.

Nak kena makan cepat-cepat ataupun masukkan ke mulut satu biji aiskrim mochi ni terus kalau muat.

sedap ke aiskrim mochi boba nestle
Serabut sikit lepas makan

Aiskrim mochi boba ni selalu juga kehabisan stok di Family Mart. Untuk harganya pula ialah dalam RM3 + sebungkus (murah sikit dekat Speedmart).

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik. boleh cuba. pengalaman beli mochi di Jeun, kena tanya dulu sebab orang Jepun ni masak suka letak sake dalam kuih. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sal share tips. Kena tanya dulu sebelum beli mochi ni.

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code