Advertisement

Betul ke Patut Beli Android TV dari Smart TV?

Kalau ikutkan malas nak survey harga TV baru ni. Tapi disebabkan ada beberapa port TV lama dah rosak jadi kami terpaksa pertimbangkan untuk beli baru. Terlalu banyak pilihan jenama dan juga pelbagai fungsi terkini jadi keliru juga nak beli sama ada android TV ataupun smart TV.

Jadi sedikit sebanyak saya kongsikan dari apa yang dibaca sebagai panduan. Untuk TV lama pula kami plan nak tolak jual secondhand. Itupun kalau ada yang berminat nak beli.

apa beza android tv dan smart tv

Apa Perbezaan Android TV dan Smart TV?

Sebelum ke kedai anda sangat digalakkan untuk baca dan survey tentang perbezaan antara kedua jenis TV ni.

Terdapat beberapa perbezaan dari segi fungsi dan juga sistem operasi antaranya adalah;


1- Sistem operasi TV dan Kemaskini Firmware 

Firmware ialah gabungan memori dan kod program serta data yang disimpan dalam sistem operasi TV. Memastikan ianya sentiasa dikemaskini  (updated) membolehkan TV kita berfungsi dengan baik serta lancar untuk kegunaan pengguna.

Smart TV guna operating system dari pembuatnya sendiri. Sebagai contoh, jenama Samsung guna Tizen TV OS, manakala Philips pula guna Net TV OS. 

Maksudnya sistem operasi dan kemaskini software/firmware bergantung kepada apa yang dibekalkan oleh pembuatnya sendiri. 

Android TV pula menggunakan sistem operasi Android (Google). Jadi sistem dan kemaskininya adalah dari Google. Lebih kurang macam sistem operasi smartphone android senang cerita.


2- Antara muka (TV Interface)

Android ini sebenarnya sistem operasi untuk smartphone pada awalnya. Kemudian beralih ke beberapa peranti lain seperti TV. Cuma kalau dekat Malaysia memang lebih banyak kedai elektrik jual Smart TV dari Android TV. 

Dari segi interface, tak banyak perbezaan antara kedua jenis TV ini. Cuma untuk kelajuan pemprosesan, smart TV mempunyai kelebihan dari Android TV setakat ini. 

3- Sokongan Aplikasi

Android TV mempunyai Google Play Store (built-in) yang sudah pasti mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun dengan mudah. 

Manakala untuk smart TV pula bergantung kepada tambah baik (update) dari pengeluar itu sendiri. Kalau beli Samsung kena tunggu update dari Tizen OS dan seterusnya. 

Kekurangan Smart TV

Mungkin silap kami juga tak lihat betul-betul spesifikasi masa beli smart TV lepas. Ada beberapa aplikasi yang saya mahukan tidak serasi dengan Tizen OS. Contohnya saya tak dapat nak guna aplikasi Disney+ Hotstar. 

Sebab apa? Kerana aplikasi tersebut masih belum tersedia untuk di download ke TV kerana sistem dan firmwarenya yang belum dikemaskini. 

Macam mana nak tonton Disney+ Hotstar kalau aplikasi tidak tersedia di Smart TV?

Kena tengok dari browser yang terdapat di smart TV. Masuk ke laman Disney+ Hotstar dan boleh tengok dari situ. 

Bayangkan kalau kita buka smart TV terus nampak aplikasi Netflix tu kan. Kemudian kita terus boleh klik serta tonton dengan mudah. 

Jadi untuk kes Disney ni jadi leceh sikit sebab setiap kali nak tengok kena buka Internet Explorer (IE) atau Chrome dan log in user. Banyak pula step kena buat sebelum dapat tonton movie kegemaran kami.

Hantar Konten ke Smart TV (Mirror/Cast Content)

Cara lain kalau nak tengok cerita atau movie tetapi TV tak tersedia dengan aplikasi yang diperlukan, boleh guna cara cast content. Caranya ialah dengan guna Chromecast atau yang popular sekarang ialah Xiaomi TV Stick 4K. 

Beli di : Shopee Mall


Patut Beli Android TV atau Smart TV?

Dari segi harga android TV lebih banyak yang lagi murah. Cuma kalau walk-in ke kedai elektronik kebanyakkannya lebih banyak promosikan smart TV dari android. 

Murah pula kena tengok juga sama ada paparan TV mempunyai spesifikasi seperti High Definition (HD), Ultra High Definition, 4K (UHD). Alang-alang nak beli kan dan kalau nak tengok gambar cantik.

Kalau nak tengok android TV secara depan-depan dan dengan pilihan yang lebih banyak kena ke kedai elektronik yang besar macam SenQ, Senheng atau beli sahaja secara online.

Android TV juga ada sokongan dan download permainan (gaming) serta lebih banyak aplikasi berbanding smart TV. Kebanyakannya juga ada pembantu suara (voice assistant) dan juga chromecast untuk sambungan ke telefon atau peranti lain. 


Setup Smart TV lebih Mudah Berbanding Android TV

Dari segi setup pula Smart TV lebih mudah digunakan. Lagi-lagi kalau beli untuk orang tua atau yang kurang mahir untuk kendalikan TV pintar ni. Smart TV lebih tersedia untuk terus digunakan. 

Jadi kalau ikutkan kemahuan, saya sepatutnya beli Android TV dari Smart TV. 

Tapi dah terbeli Tizen tu nak buat macam mana kan. Kena guna sahajalah selagi boleh berfungsi dengan baik.Cuma bila ada bajet, saya akan pertimbangkan untuk tambah Mi TV Stick seperti di atas. 

Apapun akhirnya bergantung kepada keperluan dan juga bajet anda. 

Anda guna TV yang mana satu di rumah?

Post a Comment

6 Comments

  1. Perkongsian berguna sis. dekat rumah saya guna Smart TV

    ReplyDelete
  2. Sharing yang sangat bermanfaat. Saya guna smart TV, pilihan ayah. Senang juga guna walaupun rumah ni ada 2 warga emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smart TV senang nak guna sebab plug n play. Cuma ada aplikasi yang tak compatible..

      Delete
  3. Anonymous11:24 AM

    Terima kasih.info yang sangat berguna bagi saya yang nak masuk rumah baru ni.

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:45 PM

    Saye guna smart Tv lebih senang.. Adroid TV ade expired.. Kalau playstore da update tapi tv tetap dgn android version lama.. So da xboleh compatiblr dgn playstore.. Youtube sume xboleh tgok.. Gooogle pon lag

    ReplyDelete