Advertisement

Warna Tema Baju Raya 2023

Dah siap-siap plan warna tema baju raya untuk 2023 ke tu? Dua minggu lepas sibuk selesaikan baju sekolah anak-anak dengan barang persediaan lain untuk naik kelas baru. 

Macam-macam perlu dibeli disebabkan baju sekolah tahun lepas dah sempit. Tapi sebabkan dah ada kesedaran cara nak menyimpan duit  sebelum ni, maka taklah terpakai bajet untuk beli barang keperluan penting.

Bajet untuk baju raya juga disediakan sebelum ni. Maka boleh lah mula survey design baju dan juga tema yang sesuai. 

Hari tu sempat juga singgah mall belek-belek baju raya. Cantik-cantik dan meriah nampaknya design baju raya tahun ni. 


Warna Tema Baju Raya 2023

Sebenarnya belum decide lagi nak beli baju raya tahun ni. Kebiasaannya cari baju melayu dahulu untuk suami dan juga anak. 

Kemudian baru cari baju kurung moden ke atau mana-mana yang sesuai untuk saya. Bukan apa, selalu sangat terkena baju melayu anak tak ada saiz. Dah susah nak sedondon masa raya nanti.

Anak-anak ni selalu kalau ditanya jawapannya selalu tak kisah nak warna apa. Memang selalu saya sahaja lah yang tetapkan baju masing-masing. 

Tahun lepas konsep mix and match sebab baju melayu beli last minute dan tiada saiz. Maka tak berapa nak sedondon sangat.

Kita beli di Shopee sahaja

Baju Kurung Riau

Disebabkan berat yang semakin naik ni, antara baju yang sesuai ialah baju kurung Riau. Dah cuba yang kurung moden tapi terasa sempit pula. Segan pula nak pakai baju sempit-sempit masa raya nanti. 

Jadi inilah antara pattern baju raya yang paling sesuai untuk bentuk badan 'pear' macam saya ni. 

Antara sebabnya ialah ia kembang ke bawah disamping masih kekalkan potongan langsing di bahagian pinggang. 

Jadi boleh lah nampak kurus sikit nanti kan. Selalunya beli baju raya dekat Shopee jela senang. Siap ada coin lagi yang boleh ditebus. 


Viva Magenta Color of The Year 2023 Pantone

Saya suka juga follow Pantone’s color of the year ni. Hampir tiap tahun juga mesti tengok apa warna untuk tahun ni yang dikeluarkan oleh Pantone. 

pantone color of the year 2023
Pantone color of the year 2023

Untuk tahun ini ialah warna Viva Magenta. 

Wah! kelas gitu hah! Menarik juga kan warna ni. Boleh juga plan sebagai warna tema baju raya tahun ni. 

Selamat menyambut bulan ramadan semua.

Post a Comment

2 Comments

  1. wahhh dah ready ye baju raya nya?! hehehe selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. dari tahun lepas tema warna magenta, memang orang tengah hype ye warna ni. Semoga jumpa baju yang dicari sekeluarga. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete