Advertisement

10 Senarai Barang Penting Untuk Berkhemah

Musim cuti sekolah dah nak bermula. Mesti ada yang bercadang nak camping bersama teman rapat. Tetapi sebelum itu kenalah sediakan dahulu beberapa senarai barang penting untuk berkhemah atau camping ni.

Aktiviti berkhemah memang seronok lagi-lagi kalau bersama-sama dengan ahli keluarga sendiri ataupun kawan-kawan yang sekepala. Teringat pengalaman camping semasa aktif berpersatuan dulu, macam-macam aktiviti ada.

Lagi-lagi kalau dapat berkhemah dan bermalam. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama contoh bergotong-royong sediakan makanan, bercerita depan unggun api dan paling seronok mestilah mandi sungai ataupun pantai. 


senarai barang untuk aktiviti berkhemah camping

10 Senarai Barang Penting Untuk Berkhemah

Untuk yang dah biasa berkhemah selalunya dah ada list atau senarai barang penting untuk aktiviti camping ni. Cuma untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor ni kenalah mula belajar sediakan barang yang diperlukan. 


1- Kelengkapan berkhemah

Nak beli khemah ni kena tengok jenis dari segi material dan juga saiz. Kalau nak guna untuk bermalam contohnya perlu saiz yang besar. Lagi-lagi kalau nak duduk semua satu family dalam satu khemah.

Sekarang dah ada banyak kedai kelengkapan barang untuk aktiviti outdoor. Selain itu boleh juga survey harga khemah di Decathlon ataupun beli online sahaja lebih mudah. 

Teringat semasa hiking trip kami ke Silipat, Thailand dimana khemah dan perkakasan camping telah disediakan lebih awal oleh penganjur.


Dapatkan di Shopee Mall

2- Fly Sheet & Ground Sheet/Tikar

Kemudian kalau boleh sediakan juga fly sheet. Fly sheet ni kebiasaannya diletakkan sebagai bumbung atas khemah ataupun sebagai atap untuk tempat rehat dan juga di bahagian tempat makan.

Ground sheet pula kebiasaannya digunakan untuk dibuat alas tempat duduk. Selain itu digunakan sebagai alas khemah untuk lindungi khemah supaya tidak cepat rosak atau terkoyak.


list untuk bercamping
Dapatkan di Shopee Mall

3- Peralatan Memasak

Kalau tak bermalam sekalipun kan boleh juga bawa peralatan memasak semasa camping ni. Seronok sangat masak lagi-lagi tepi sungai atau tepi pantai dengan keluarga atau kawan-kawan. 

Masak pun selalunya yang mudah sahaja macam rebus sup, goreng ayam ataupun masak mee segera. Makan dengan keluarga atau rakan sambil dengar deruan air sungai mengalir memang boleh menenangkan jiwa.
barang untuk berkhemah di hutan
Dapatkan di Shopee Mall

4- Peti Pertolongan Cemas (First-Aid Kit)

Yang ni seeloknya dan memang penting sangat bawa sekali kalau nak camping. Antara fungsinya ialah untuk digunakan ketika berlakunya kecemasan. 

Antaranya termasuklah luka dan calar, lebam ataupun terkena sengatan. Antara barang yang perlu ada dalam peti termasuklah gauze, handiplast untuk luka kecil, bandage dan beberapa barang lain lagi.

Baca lagi : Pengalaman Mendaki Gunung Berembun, Jelebu Negeri Sembilan

kelengkapan untuk berkhemah
Beli di Shopee Mall

5- Tali

Tali merupakan salah satu barang yang sangat perlu ketika aktiviti camping. Anda akan perlukan tali untuk ikat fly sheet. Selain itu tali juga mempunyai pelbagai kegunaan seperti boleh dijadikan tempat gantung baju, ikatan untuk menyambung kayu dan membuat gajet perkhemahan. 

barang untuk camping
Dapatkan di Shopee Mall

6- Plastik Sampah

Plastik sampah penting untuk kumpulkan semua sampah sarap sebelum bertolak balik. Kumpulkan semua satu tempat dan masukkan dalam plastik sampah yang sesuai dan buang di tempat yang disediakan. 


Kelengkapan Tambahan Untuk Aktiviti Camping

  1. Cerek/Mestin
  2. Parang/Pisau kecil
  3. Pakaian sesuai untuk persalinan
  4. Powerbank
  5. Fire Starter untuk menyalakan api
  6. Selipar
  7. Ubat Nyamuk/Sulfur
  8. Lampu suluh (Torch Light)
  9. Air bersih
  10. Kerusi lipat mudah alih

Tambahan: Kain batik/pelikat/kain atau tuala kecil, sudu garfu, plastik sampah, sleeping bag dan juga baju hujan.

Hutan Lebih Cepat Gelap

Jika anda berkhemah di dalam hutan, lampu suluh sangat penting. Ini kerana keadaan dalam hutan akan lebih cepat gelap walaupun belum masuk waktu malam. 

Kalau survey di Facebook contohnya, semakin banyak tapak perkhemahan telah dibuka contohnya Riverside Camp, Gopeng. Selain itu tempat camping lain di Santai Riverside di Janda Baik, Bentong Pahang dan Merchang Glamping Park Campsite, Merchang Terengganu. 

Untuk itu bolehlah mulakan aktiviti berkhemah dengan keluarga dan juga rakan di tempat yang disediakan. 

Pengalaman saya berkhemah di Janda Baik ni tidak silap masa sekolah dulu dengan kawan sepasukan. Memang sangat best camping tepi sungai dan juga memasak untuk ahli khemah.


Kesimpulannya, senarai kelengkapan berkhemah diatas adalah untuk panduan ketika kegiatan berkhemah dan outdoor dijalankan . Kalau nak bekhemah dengan lebih lama dan bermalam pastikan anda bawa kelengkapan yang sesuai dengan keadaan dan tempat berkhemah.

Post a Comment

5 Comments

  1. Anonymous7:46 PM

    Ni checklist penting ya! Nell baru start camping2 ngan kawan2 kat Sg Tua for fun! We are looking forward untuk buat overnight camping pulak lepas ni! This list is a good reference ya!

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah naik silipat. besttt kalau hiking bermalam ni. lani lebih banyak camping dari hiking hehe. and jangan lupa jugak sleeping beg. biasa dalam hutan tu sejukkk

    ReplyDelete
  3. Bagus semua listing ni. Tiba-tiba rindu nak camping. Nanti nak cari barang pun dah mudah boleh pergi Decathlon. Ruby suka camping kat tempat ada sungai. Malam-malam dengar air mengalir tanpa henti tu syok betul. Rasa besar betul alam ciptaan Allah s.w.t ni.

    -www.ruby.my-

    ReplyDelete
  4. Awak!!! Thank u sharing! Useful sgt article ni untuk kite, baru nak berjinak2 dgn dunia camping 😆

    ReplyDelete
  5. Paling prnting fly sheet tu sebab tak tahu bila nak hujan. Pernah camping tanpa flysheet, masa tido tetiba air menitik atas muka. Haha

    ReplyDelete